Thursday, 7 August 2014

Alasan Taknak Berubah

Assalamualaikum, so I decided to write a little on a lot of things, mungkin akan meleret sikit tapi akan memberi perspektif tentang apa yang aku fikirkan kadang-kadang bila aku sorang-sorang. Mungkin akan ada orang yang tak sependapat dengan aku, but that's okay sebab ilmu itu bukan paksaan tapi sesuatu yang patut di teliti dan di fahami sebulum di amalkan.



   First of all, Post ni bukan di niatkan untuk menyakiti or target sesiapa pon di alam maya mahupon di alam nyata. Semua yang di tulis ialah berdasarkan orang yang aku pernah berjumpa & aku teliti. Macam mana yang aku pernah beritahu aku ni suka sociology & philosophy so mainly this post is based on those very things. Antara yang aku ingin sentuh first sekali ialah bab "Hidayah". Selalu aku berjumpa orang-orang yang buat dosa or buat benda yang salahlah tak kiralah dari segi agama mahupon undang-undang jawapannya mesti "aku masih belum terima hidayah", "tak sampai seru lagi", "nanti aku rasa bersedia aku berubahlah" dan ada jugak yang cakap "orang yang buat baik tu kadang-kadang bukannya iklas, baik macam aku ni tak hypocrite", tapi betul ke tak hypocrite? betul ke tak diberi hidayah? adakah Allah mahupon Rasul tidak pernah menyeru kita ke arah kebaikkan? Ada jugak yang cakap "hang yalah dah berubah, dulu pon sama jugak nanti aku pon sama". Yes, I admit that I was at that state once, & my god how wrong I was & finally realising that those words don't mean anything & they are the most stupid things that I have ever let my self say to anyone ever!!.  dan harapan aku ialah saudara-saudara Islam aku yang lain tak melalui fasa ni lama-lama sebab Ya Allah bila tersedar betapa kesalnya nanti. Pertama sekali ialah bila kita cakap "aku masih belum terima Hidayah", jadi apa itu hidayah? mari aku ulas sikit

Dalam Islam, hidayah (Bahasa Arabهداية‎) dari segi bahasa ialah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arahkebenaran.

(source : wikipedia)

Okay, so kita faham yang ianya bermaksud petunjuk. Tahukah kita yang sangat bertuah di lahirkan sebagai ummat Islam ni yang dari day 1 kita dah pon di beri Hidayah? Apabila dilaungkan azan pada telinga kita sejurus selepas kelahiran kita telah pon kita dengar :


‘ALLAH is Most Great. ALLAH is Most Great.
ALLAH is Most Great. ALLAH is Most Great.
I testify that there is no god except ALLAH.
I testify that there is no god except ALLAH.
I testify that Muhammad is the Messenger of ALLAH.
I testify that Muhammad is the Messenger of ALLAH.
Come to prayer.
Come to prayer.
Come to success.
Come to success.
Prayer is better than sleep.
Prayer is better than sleep.
ALLAH is Most Great.
ALLAH is Most Great.
There is no god except ALLAH.’
(translation azan solat subuh)

Jadi lepas kita lahir kita sudahpon tahu kita itu dilahirkan kedalam Islam dan telahpon di ajak untuk bersolat & menuju kejayaan. Jadi apakah alasan kita? setiap hari macam-macam hidayah diberi, kita ke sekolah sudah baligh yang wanita di tuntut menutup auratnya. Jadi cubalah berhijab(nanti ulas pasal hijab), yang lelaki rajin-rajinkanlah diri ke solat jumaat. Setiap hari di didik tetapi tak tau di mana silapnya. Aku datang dari family yang tidak berbapa, jadi hanya mak aku yang push untuk belajar mengaji semua, & Alhamdulillah aku bertudung ke sekolah sejak darjah 1 atas pilihan sendiri walaupun tak bertudung di luar tetapi aku dah faham yang itu adalah wajib bagi aku nanti. back to topic tiada istilah tidak di beri hidayah bila mana setiap hari kita boleh mencari lagi ilmu Allah. Bila Malaikat tanya, kenapa tidak ____________ padahal ia dituntut(isi tempat kosong) or kenapa awak buat ____________padahal ia salah(isi tempat kosong). Bila malaikat tanya adakah dia akan terima alasan kita tak terima hidayah? jawapannya tidak, dia takkan terima kerana terlampau banyak peluang kita diberi melainkan kita di lahirkan sebagai orang bukan Islam.

Seterusnya tentang alasan "belum sampai seru", alasan yang hampir serupa dengan alasan pertama tadi. Apakah maksud seru? 

Maksud perkataan seru adalah / The meaning of seru is :
to call; to urge or appeal; exclaim; to cry out ,
from:mykamus.com
Jadi maksud Seru disini ialah panggilan(sorry tak dpt cari source dari bahasa melayu). Sebenarnya ni antara alasan paling tak logic, apa panggilan yang kita tunggu? aku sendiri pon tak tau masa aku cakap benda ni. mungkin sebab bunyi dia macam puitis kot sebab tu suka cakap. Again, tiada istilah tidak menerima panggilan ini. macam 1st tadi setiap hari kita terima panggilan dari masjid untuk menuju kejayaan, untuk bersolat. Rasanya tak perlu explain yang kejayaan di sini bukan hanyalah untuk di dunia tapi untuk akhirat jugak & salah satu cara untuk berjaya ialah dengan melalui jalannya. Panggilan lain yang kita dapat juga ialah dari Parents kita sendiri yang kadang-kadang menegur, Ustazah di sekolah, or kawan-kawan kita sendiri yang mungkin sedia ada memang muslimin atau muslimah dan juga mungkin yang kembali ke pangkal jalan. Mereka memanggil-manggil kita ke arah kebaikkan tetapi kita cakap tak sampai Seru? jadi apa yang mereka serukan itu? Food for thought here. Okay, next!
Alasan paling daring sekali "Nanti aku bersedia aku berubah", aku takkan ulas panjang sebab ini alasan yang orang memang taknak orang leter kat dia dah. Kita takkan pernah tahu bila ajal kita akan sampai mungkin aku tak pernah 100% tapi tak usahlah kita sampai menagguhkan kebaikkan ye dak? jadi cubalah walau sikit, okay? sebab letih dengar macam ni. Macam harapan untuk kembali kepada Allah tu menjauh je. Jangan terlalai ye saudara-saudaraku yang macho & cantik.
Lastly alasan, "taknak hypocrite" tu. Iye, awak rasa yang tak semua orang yang pakai jubah tudung baju kurung baju longgar-longgar tu baik.. saya faham. Tapi jangan kita relykan persepsi yang orang bertudung or berjubah tu baik! tetapi mereka telahpon melakukan salah 1 kewajiban yang Allah dah tuntut ke atas kita tak kiralah lelaki or perempuan sebab lelaki pon sebenarnya tak di tuntut memakai ketat-ketat sebab tak boleh di bawa solat justeru ianya tidak menutup aurat. Back to topic, Untuk menjadi Islam yang terbaik tidak perlu kita lihat pada Muslimin atau Muslimah yang berbuat salah tetapi tengoklah kepada contoh yang baik, seperti Rasulullah, Aisyah & Khatijah isteri-isterinya. Kalau nak tengok yang tak elok tu, kenapa kita tak try jadi lagi baik? bukankah dengan mengatakan mereka jahat anda sama seperti mereka yang mengatakan anda itu jahat? bukankah bila anda kutuk mereka anda juga jahat? bila anda tidak melakukan pertintah Allah anda itu baik? tidak! Jadi di sini lebih baik kita berbuat kebaikkan kerana itu bukan hypocrite tetapi macam mat saleh cakap "u talk the talk, u walk the walk". Hypocrite ialah apabila kita menipu diri sendiri, & who are u fooling saying that orang lain tu salah dan kita tak salah bila kita cakap benda tu?

Okay lastly tidak berkaitan hypocrite dan benda-benda di atas tetapi lebih kepada saudara muslimahku, aku banyak berjumpa wanita-wanita yang baik pekertinya. Cukup solatnya, bersedekah, anak yang soleh akan tetapi 1 sahaja nafsu yang tak dapat mereka tangani iaitu isu menutup aurat. Aku tahu yang aku pon belum cukup sempurna tetapi boleh cuba kan? Hijab/tudung di kepala bukan hanya kita buat sebab Allah suruh, tetapi demi menghormati diri kita sendiri. Bila berhijab pandangan lelaki akan lari dari tubuh kita tetapi mereka akan lebih fokus kepada siapa wanita ini? sebab tubuh wanita memang mampu untuk menghilangkan fokus lelaki, tak payah tipu sebab sebenarnya memang telah nyata yang lelaki yang nafsunya adalah terhadap wanita. Kan best di hormati? tak gitu? Orang agama lain pon akan lebih menghormati kita bila kita berdiri teguh dengan pegangan dan ajaran agama kita. dan yang paling penting ialah bertudung itu ialah sebagai simbol yang kita adalah wanita muslim jadi lelaki kaum islam mahupon bukan islam akan tahu adab dan tahu batas apabila berhadapan dengan wanita muslimah. Bukankah baik begitu? mai saya share 1 video semoga memberi penjelasan yang lebih. Saya akhiri post ini dengan video ini. InsyaAllah saya akan bercakap-cakap lagi pasal benda-benda dalam kepala ni nanti. Assalamualaikum.