Tuesday 3 July 2012

Respectlah!


Respect. So apa itu respect sebenarnya? Ramai yang tahu maksudnya macam layan orang dengan beradab n sopan setanding ngan taraf umurnya or just plain hormatkat oranglah kan no matter the age gap ect. Tapi kan? berapa ramai yang sebenarnya betol-betol mengaplikasikan benda ni? Baru-baru ni aku dah bertemu ngan dua situasi di mana aku mendapati perkara dis-respecting people ni terjadi. What I mean is, bila orang itu melakukan kesilapan or is lower than our standard or ranking in life these "people" suka gelak-gelakkan or memerli or ejek orang itu. Its good to speak your mind, tapi perlulah bertapis. Bukankah kita ni orang Asia yang penuh ngan kesopanan n adat resam budaya yang baik? tapi sayang perkara macam ni berlaku. Its  sad for me to see this happening especially depan mata aku sendiri, bukan dari mulut sesapa kay? in front of my very eyes. Contoh situationnye ye?

Situation 1:

Ada sorang mak cik ni terkunci pintu kereta dia secara tak sengaja n kunci serta phone dia pon tertinggal di dalam so she is helpless, takda sesiapa dia boleh call ntok tolong. n of course being the modern person like we all are kita tak ingat no. phone sesiapa. back to the situation, mak cik ni pon mintaklah tolong kat orang berdekatan. try punya try, orang pon tanya "mak cik takda kunci spare ke?", dengan muka tersentak dia seluklah dalam purse, teeeeetttttt!!!! ada pon kan? dengan malunya mak cik ni pon keluarkan n mintak maaf sebab menyusahkan diorg, TETAPI! orang-orang sekeliling, terutama yang suka buat ni perempuan(dengar ni dear sisters) menggelakkan mak cik yang secara humannya lupa itu.

Moral of story 1:

1.Sebelum keluar kereta sila cek semua barang dah ada, terutama kunci!
2. Hormatlah orang, semua orang pernah buat silap n it isnt funny to laugh at other people's mistake. Benda itu memalukan bagi pihak tersebut dan mampu membuatkan orang salah sangka terhadap orang-orang lain yang berada di situ. Orang lain yang gelak orang lain yang kena kan? di sebabkan malu maybe orang tersebut takkan pergi situ dah kan? tak ke menyusahkan pekedai-pekedai di situ n menyusahkan orang tersebut kerana kena g tempat lain.

Situation 2:

Ada sorang mamat ni bekerja sebagai seorang waiter di sebuah restaurant yang agak mahallah kot? Chillies mahal ke? hehe.. back to the story, so mamat ni kerja situ. So ada satu geng kekonon anak orang KAYA! masok n duduk d sebuah meja, mamat tu serve menu n beredar dari situ. So bila dah ready diorang pon panggillah n orderlah, diorang bising-bising lambatkan order main-main, tukar order ini, itu. Dah selesai order mamat tu pon pergilah hantar order tu n buat kerja dialah serve sana sini, and secara tiba-tiba n tak kena! dia tersungkur n tertumpahkan air kat customer berdekatan table tu, so table tu pon gelaklah. Mamat tu tengok ke arah meja tu kebetulan masa dia tengok tu ter-usha sorang minah ni. Minah tu ada boyfriend lak kan? So BF dia ni macam marahlah kan, perempuan tu pon cakap secara lantangnya "eee... itu pon u nak jealous? waiter je kot?", satu table tu pon continue gelak. mamat ni yang malu pon kemas-kemas n blah.

Moral of story 2:

1. Bila kita bawak diri janganlah secara sengaja berlagak-lagak posh sangat, n menunjuk-nunjukkan harta kita, sebab bila buat macam tu takut nanti ada yang dengki and menyampah t tak pasal-pasal kena maki seranah, kan tak best?
2. Bila kita nak order makan, janganlah nak memain kesian orang tu dia tengah bekerja buka nak hadap korang je. So bila ambik menu tu fikir habis-habis baru panggil waiter untuk order, save masa waiter tu and senang sikit orang lain nak order.
3. Walaupun orang tu tak setaraf ngan kita ingatlah yang diorang tu pon manusia n perlu d hormati. Hidup kita ni bukan setakat aku, kau dan dia je tetapi ada gak mereka. Lagi satu janganlah hina orang kalau diorang tak cantik dan sebagainya sebab benda ni pon berlaku n dari mulut artis hinaan ni dikeluarkan secara lantang. Malu tak kita kalau orang jatuhkan kita sebegitu? secantik manapun kita, sekaya manapun kita we must always remember that there are other people who are waaaaaaayyyyy better than who we are. kalau orang cakap artis eg. Neelofa cantik, Scarlet Johanson pon lagi hot n cantik apa? mantap lagi tu. kalau orang cakap Khairi Jamaludin kaya, aku rasa Steve Jobs jauh lebih kaya dari dia kot? masing-masing ada kelebihan n kekurangan sendiri. jadi, janganlah hina orang maybe orang tu guard or maybe kerja kerani tapi kita taktau apa yang akan jadi kat dia nanti, rezeki dan takdir semua di tangan tuhan, manalah tahu tuhan takdirkan dia jadi billionaire tak melopong lak nanti tengok? kan?

Situation 3(last):

Benda ni jadi kat orang yang aku kenal, dan kesahihan cerita ni aku rasa sangat sahih sebab setakat ni dia tak pernahlah tipu aku lagi. So dia g kedai makan ngan kawan dia, makan punya makan dah habislah so lepak-lepaklah kejap. Bila datang time bayar sorang g lah bayar yang  kawan aku ni nak g ambik kereta sebab jauh nak tunggu depanlah kan senang. Baru nak gerak g kereta waiter kedai tu boleh lak tempik "woi! tak bayar! tak bayar! tak bayar!" semua orang dah usha kawan aku ni, kawan aku yag geram ni teros are bagi flying kick yang penuh berbisa kat waiter tu (geram punya pasal!) jatuhlah seorang waiter ngan sakitnya, member kawan aku ni pon datang ngan marah tunjuk resit kat waiter tu, "dah bayarlah!" sambil mamaki-maki n ceramah kat waiter tu.

Moral of story:

1. Cek dululah kan apa-apa pon jangan main tuduh je orang, kalau orang tu tak buat kan malu.
2. disesbabkan benda tu kawan aku pon dah tak g ke kedai tu sebab malu.
3. orang lain dah salah sangka kat kawan aku kan susah?

Oleh itu.. Dont disrespect people, kadang-kadang kita ni lupa yang orang lain pon ada perasaan jugak disebabkan terbuai ngan rasa seronok dan riak diri sendiri.

Respect, Relax n Respond. hehehe..


Ave Whitlock