Friday 23 November 2012

:'(

i'll pretend that everything is okay, i'll ignore thr hurt i feel like i always do everyday of my life. i'll just  pray to god and hope that these pain will stop and go away. stop hurting me, i iust cant take it anymore. like a cancer inside that keeps ob growing and killing me inside i feel myself wither away. please,please, make me happy and make me want to stay. make me believe that i too could be happy like the rest of u.

Thursday 15 November 2012

lets fall into life

   Ilet my fate fall from his grace, as i take one step ahead i look back and see how far i've come to where i stand. Mashallah, jauhnya.. once i was so small and tiny and so fragile, sekarang? lari-lari, lompat-lompat. memanglah kan masa kecik dulu macam-macam cita-cita, nak jadi fashion designer, choreographer, theater director, journalist.. tapi last-last 1 pon tak lekat, kenapa? sebab mungkin berangan ni jauh lebih best dari kita buat benda tu. everything is fun when its a hobby, but when it turns into a job, its sucks! kan? dulu konon nak jadi director, scriptwriter but then again banyak benda susah jadi on the way seolah-olah Allah taknak aku pergi ke arah tu. tambah-tambah bila dah dekat nak grad. samalah masa aku masih dengan mr. S dulu, makin dekat ngan dia, dah kenal family  semua tapi makin banyak masalah sehinggalah aku istikharah dan sesungguhnya Allah ytunjuk jalan lain bagi aku, and Alhamdulillah aku sekarang happy dan insyallah akan d  ijab kabulkan tahun hadapan. dan to mr. S, no hard feelings I know u'r happy too and I pray foe the best for both of you, its just some people yang menjatuhkan my maruah in your circle of friends that i could not accept. Anyway, aku pon rasa yang that course is not meant as a career for me, plus banyak dosa datang dari that field anyway. since aku ambik that coursr it turned me into a loner and depressed person from the old and bubbly me who used to talk alot, sometimes i wonder where the old me is but i guess that period of time gave me time to become a more mature person(sikitlah). So, the me that decided to change my life course came from the me that observed myself for a long time and also the help of many too. I think the old me would surface again and i'll smile and talk more like i used to. pray for my best please, and i'll always pray for u.. i never forget all my muslim brothers and sisters in my bprayers, may Allah bless us with his wisdom and continue to help us through the way until the day we would have to leave this beautiful world. until the next time.

Assalamualaikum,

Ave Whitlock

Thursday 8 November 2012

One Step at A Time



uhuh... Dah berbulan berabad berkurun lamanyaaaa aku bertanam anggur yang tak lagi berbunga-bunga akhirnya aku memutuskan untuk tebas and tanam benda lain lak.. eheh.. apakah? tak berkaitan sebenarnya ngan apa yang ingin di usulkan di sini. Okay ceritanyalah aku nak cerita ni bukanlah pasal anggur mahupon tanaman lain yang sewaktu dengannya. cerita yang ingin d ceritakan sebenarnya pasal latest complication aku. Kalau orang-orang yang rapat dengan aku mesti tau cerita ni so tak perlulah aku huraikan dengan panjang lebar tapi terus kepada penyelesaian masalahnya. So aku berhenti kolej atas certain reasons, berhenti ye bukan d berhentikan jangan tertukar lak! so setelah pening kepala pusing sana sini, tengok website bagai aku pon memutuskan untuk short list a few universities with a few programmes in mind. Ramai yang tahu sebelum ni aku merupakan seorang art student d sebuah universiti swasta yang tak perlu lagi aku namakan kat sini, tapi setelah pelbagai rintangan dan halangan aku lalui akhirya!! d saat-saat akhir d penghujung rinduku ini(last sem) aku undur diri, and bila pikir-pikir pasal course yang aku ambik sekarang macam kurang sesuai bagi seorang perempuan aku bukan downgrade perempuan tak boleh buat semua ni kay? aku pon support women rights semua tu, tapi bagi aku kurang sesuai. Kenapa aku cakap tak sesuai? faktor-faktornya adalah seperti berikut :

1) Kerjanya berat
    
    Come on tipulah semua perempuan boleh tahan ngan kerja berat semua ni. memanglah orang cakap "eh jadi director mana ada buat kerja berat!", ye ke? kerja shoot sampai lewat malam balik pukul 2-3 pagi then pukul 6 dah nak start shoot lain lak tak ke berat tu. bukan berat fizikal tapi mental! selain tu kalau kerja bidang ni kena mula dari bawah, mana ada orang terus cakap "wah! anda berbakat besar. nah ambik duit saya and buat filem paling gempak kat malaysia ni!" memang taklah, bodoh ke apa producer tu. So, apa- apa pon kenalah mula dari bawah dari angkat-angkat lampu sampailah runner beli kopi. tahan tak? tahan tak? tak tahan kan jadi kuli?

2) Gaji rendah

    Orang kerja production ni memanglah nampak cam glam, sama gak ngan orang kerja sebagai reporter. kau hengat gaji tinggi? pernah ada orang cakap ngan aku, and benda ni tak pernah luput dari otak aku sampai sekarang "orang kerja jadi wartawan ni adalah orang kerja glamour yang paling rendah hastanya" haaa... apa itu? maksudnya memang nampak glam semua tapi gaji sikit broooo!! tulis article cari story sampai nak patah tulang blakang haaa.. selagi tak siap story tak boleh balik, pergi sana sini, takda life weyh. sedih. tapi nampak glamourlah, pergi launching perfume YSL baru. pergi fashion week lah itulah inilah. tapi berbaloi ke semua tu ngan gaji yang nak di gunakan untuk sara hidup? haaa.. kau pikirlah sendiri.

3) Mulut macam tuuuuuuuttt

     eh? apakah? apakah itu? bunyi tuuuuut tu adalah cencored kerana takut ada budak-budak bawah umur ehehehe.. gurau-gurau, sebenarnya nak cakap yang orang media ni mulut manis tapi kadang-kadang diorang nilah paling kurang ajar. tak sedar diri, sebab itulah certain artist macam sombong ngan diorang bukan sebab diorang saje je nak sombong tapi golongan media ni sendiri tak sedar diri cakap ikot sedap je. so kalau anda mampu bertahan dalam golongan tipu menipu, tikam menikam, and carut mencarut silakanlah saya taknak tambah dosa.

4) Dosa tanpa sedar

    haaa.. kerja ni sebenarnya penyumbang dosa yang paling banyak.. kenapa? haa.. sini aku bagitau, kalau kerja buat filem and anda tayangkan filem d wayang and terkena lak waktu-waktu solat and orang yang g tengok serta orang yang pergi tayang serta orang yang jual ticket serta orang-orang yang terlibat kat wayang tu tak solat sebab filem anda d tayangkan anda tanggunglah dosa semua orang tu. kalau pelakon lak tayang aurat... siaplah anda ngan dosa seterusnya sebab selagi orang tengok aurat tu anda berdosa sebab membenarkan benda tu ditayangkan kepada khalayak, memang bukan aurat anda tetapi anda terlibat dalam membenarkan semua tu. cukuplah dua contoh dah dapat tunjuk yang dosa tu senang dapat kan? saya takut, anda bagaimana?

5) Tempat Isteri di sisi suami

    Haaa.. tempat isteri di sisi suami, kalau asyik kerja outstation then kerja sampai lewat malam and tak sempat nak jaga makan minumya semua buat apa kawin kan? Suami pon confirm kawin lain sebab tak tahan. Macam mana lak kalau ada anak? tak dapat perhatianlah dia. Tambahan lak  kalau seorang suami merungut apabila pulang ke rumah isteri tiada untuk menyambut dia and dia nak makan isteri dia tak sediakan sudah jatuh dosa pada isteri tersebut.

Inilah dia reasonsnya, aku rasa macam nak cari benda yang lagi bagus untuk perempuan and cari benda yang boleh buat aku contribute something kat orang. Insyallah kalau ada rezeki aku nak sambung ambik TESL sebab aku takda masalah langsung ajar English sebab aku pon fasih and ok je english. SPM pon dapat A insyallah oklah kot. So aku dah jumpa beberapa Universiti ngan course ni and insyallah kalau di izinkan tuhan bulan January tahun depan aku nak start(kalau dapat). So doakanlah reformasi aku ini berjalan lancar. Post pon dah panjang lebar aku pon dah hilang kata-kata untuk taip and korang pon dah menyampah.

Until The Next Time,

Ave Whitlock

Sunday 4 November 2012

Le People De Le Twitter

huuuu.. dah lama tak nge-update blog, so hari ni nak nge-update skit.. OK akhir-akhir ni aku ni sedikit kemalasan ntok online kat PC terutamanya sebab lappy rosak so kena pinjam sang suami punya(sedih) so semua update and email checking ect. berlaku dalam phone. and bila online by phone means less facebooking and more tweetering occurs, kadang-kadang terasa yang twitter ni di salah guna sikitlah. Like facebook people like to post things that attract attention making them look ohhhh sooo coooolll and what not, tapi seriously you just cant even try to look more desperate craaaaving for attention. dekat twitter ni ada bermacam-macam perangailah, so aku akan listkan dari perspektif yang ada dalam twitter ku...

1) The "SAYA HANYA BUAT BENDA BAIK"
    
     hokay golongan ni aku tengok in real life takdelah secantik seindah khabar pada twitter update masing-masing. bukan aku tak suka tengok orang buat benda baik but if posting benda tu kadang-kadang it looks absolutely normal but 24/7? come on!!!! your not a 2D character you must have flaws to right? setiap detik dan saat dia bercerita benda baik yang dia buat, peliknya aku tengok in real life takda pon? mana semua khabar-khabar indah? if you wanna tell everyone about it, you might as well do it than waste your time online. Just saying.

2) The "SAYA SORANG JE ADA GIRLFRIEND/BOYFRIEND KAT DUNIA NI"

     Ini lak satu species manusia di mana kalau post tweet mesti nak post se-sweet yang mungkin, bukanlah aku nak judge aku pon ada gak orang-orang yang dikasihi tapi janganlah obvious sangat nak tunjuk kat semua orang bukti cinta agong tu, twitter ni memanglah tempat untuk "freedom of speech" dan "freedom of expression" but some expressions are better left private. Tak semua orang nak tau semua pasal relationship korang so lets keep it personal. Lebih baik tweet pasal kasih and rindu korang pada parents and family, tak pon kat sejadah. dah brapa lama tak sujud asyik pergi dating? lets look back and try change that.

3) The "TWITTER NI TEMPAT AKU NAK MENCARUT SESUKA HATI"

    Orang macam ni pon kadang-kadang aku rasa macam nak terajang je, dia ingat mak bapak dia punya twitter kot? ke dia ingat private diary kot? apa pon please people, orang bukan nak baca carut marut je 24/7 kalau kadang-kadang aku faham macam tadi aku cakap twitter ni tempat "freedom of speech" kan?? so kadang-kadang termarah tu boleh terima kot? aku pon ada time tercarut (eheee... sorry) kat twitter tu. So, less carut more life stuff. kapish?

4) The "SARCASM ADALAH BENDA PALING BEST KAT DUNIA"

    kerja nak jadi sarcastic jeee... or dalam bahasa melayu tu nak perli je 24 jam. perli jiran sebelah, "parking tu kalau boleh silalah kat dalam rumah aku terus, lagi aku suka", ada gak yang perli cikgu, "ye  cikgu saya memang suka pon kerja skolah ni, kalau boleh kerja skolah atok cikgu pon saya nak buatkan", dan lain-lain lagi. uhuuu... sikit-sikit oklah dik, tapi minimalise kan pon bagus kot? jangan terlampau kasar. aku pon kadang-kadang tweet macam ini, tapi beringatlah sikit takot orang lain lak terasa sebab perli ni kan bukan benda direct. kadang-kadang ada orang buat salah kat kita, kita tak tahu bila dah perli orang lain dia yang terasa. benda ni banyak jadi kat aku, sebab aku ni memang orang suka kutuk belakang, yelah.. aku ni bukan banyak cakap pon menulis je laju.. so bila di perli bukan satu terasa kena tembak 4-5 orang yang sakit. sooo... emm.. okay.

5) The "MAIN HASH TAG SAMPAI MAMPOS"

    Ini spesis manusia yang sama macam aku tapi lagi teruk! kadang-kadang kat twitter kan ada trending-trending hash tag terkini and some might capture your interest macam bebaru ni hash tag #SecondarySchoolMemories , aku sukalah habis aku hashtag and tag semua kengkawan pasal memori zaman sekolah, best bbaaaahhh!!!! tapi kengkadang ada gak yang addicted gila ngan hash tag ni sampai each and every post pon nak berhash tag so kengkonon dapat start a new trendlah kot? setiap post mesti ada #. anda tergolong dalam golongan itu ke? teeehheeee...

6) The "AKU NAK MENTION SEMUA MEMBER AKU"

     hehe.. ini aku, suka sangat nak tag kawan-kawan and bersembang. yelah dataplan murah, nak bersms bagai mahal. nak whatsapp pon malas (getis sebenarnya) kat twitter boleh merapu meraban but i have to admit benda ni pon aku nak ubah, yelah nak sembang pergi kedai kopilah buat apa kat twitter tapi memandangkan jauh so maafkanlah aku jika terselalu buat k? hehe

7) The "TWEET SELAGI TAK SAMPAI TWEET LIMIT"

     haaa... ni ramai yang kena, nasib akulah aku tak sebegini lagi setakat ni. kerjanya tweeeeettt je setiap detik dan saat, apa yang nak d achive pon tak tahu. "nak terberaklah", "laparlah", "nak tidolah, goodnigt", "oh, tak jadilah bangun balik". haaa... semua bendalah nak post, kalau mak dia terbersin pon mungkin nak juga d tweet (sorry mak cik). inilah orang gila twitter yang sebenar, kalau twitter boleh bagi dia duit rasanya dah kaya dah dia.

so inilah dia segala orang dalam twitter yang aku jumpa dan mungkin juga aku tergolong dalam group-group tersebut. So renung-renungkan dan selamat beramal.. (eh?) hehe.. sila jangan terasa :)

#UntilNextTime
yours sincerely

@Avewhitlock