Saturday 24 March 2012

kata-kata dan erti

Ada satu kata dalam hati,
mencari apa itu satu erti,
erti dalam rasa,kata-kata dalam jiwa dan yang tersirat dalam kata.
adakah sama rasa kita semua, atau adakah ia berbeza dan hanya aku dan dia tahu?
apa erti rasa kita? dia dan aku?
apa erti kata-kata dia kepadaku dan kepada kamu,
adakah sama sepertimana rasa itu semasa dikatakan padamu seperti dikatakan padaku?
adakah kata padamu palsu atau aku?
apa? dan yang mana?
kalau ini benar aku ingin buktinya.
tapi mana?
aku ingin mencari tapi di mana?
pada diakah? adakah aku mampu untuk percaya kata-kata yang ertinya aku sendiri tak pasti.
aku buntu dan malu serta takut pada kata-kata.
jika palsu kemana ingin aku mengadu? kepada siapa ingin kupastikan yang ia palsu?
kata-kata yang ertinya perlu aku tahu.
aku mencari dan cuba memahami satu kata dalam hati iaitu kata hati dia dan kata hati kamu,
demi mengerti satu kata hati dalam diri aku.

Self written with love,

Ave Whitlock.

No comments:

Post a Comment