Thursday 8 November 2012

One Step at A Time



uhuh... Dah berbulan berabad berkurun lamanyaaaa aku bertanam anggur yang tak lagi berbunga-bunga akhirnya aku memutuskan untuk tebas and tanam benda lain lak.. eheh.. apakah? tak berkaitan sebenarnya ngan apa yang ingin di usulkan di sini. Okay ceritanyalah aku nak cerita ni bukanlah pasal anggur mahupon tanaman lain yang sewaktu dengannya. cerita yang ingin d ceritakan sebenarnya pasal latest complication aku. Kalau orang-orang yang rapat dengan aku mesti tau cerita ni so tak perlulah aku huraikan dengan panjang lebar tapi terus kepada penyelesaian masalahnya. So aku berhenti kolej atas certain reasons, berhenti ye bukan d berhentikan jangan tertukar lak! so setelah pening kepala pusing sana sini, tengok website bagai aku pon memutuskan untuk short list a few universities with a few programmes in mind. Ramai yang tahu sebelum ni aku merupakan seorang art student d sebuah universiti swasta yang tak perlu lagi aku namakan kat sini, tapi setelah pelbagai rintangan dan halangan aku lalui akhirya!! d saat-saat akhir d penghujung rinduku ini(last sem) aku undur diri, and bila pikir-pikir pasal course yang aku ambik sekarang macam kurang sesuai bagi seorang perempuan aku bukan downgrade perempuan tak boleh buat semua ni kay? aku pon support women rights semua tu, tapi bagi aku kurang sesuai. Kenapa aku cakap tak sesuai? faktor-faktornya adalah seperti berikut :

1) Kerjanya berat
    
    Come on tipulah semua perempuan boleh tahan ngan kerja berat semua ni. memanglah orang cakap "eh jadi director mana ada buat kerja berat!", ye ke? kerja shoot sampai lewat malam balik pukul 2-3 pagi then pukul 6 dah nak start shoot lain lak tak ke berat tu. bukan berat fizikal tapi mental! selain tu kalau kerja bidang ni kena mula dari bawah, mana ada orang terus cakap "wah! anda berbakat besar. nah ambik duit saya and buat filem paling gempak kat malaysia ni!" memang taklah, bodoh ke apa producer tu. So, apa- apa pon kenalah mula dari bawah dari angkat-angkat lampu sampailah runner beli kopi. tahan tak? tahan tak? tak tahan kan jadi kuli?

2) Gaji rendah

    Orang kerja production ni memanglah nampak cam glam, sama gak ngan orang kerja sebagai reporter. kau hengat gaji tinggi? pernah ada orang cakap ngan aku, and benda ni tak pernah luput dari otak aku sampai sekarang "orang kerja jadi wartawan ni adalah orang kerja glamour yang paling rendah hastanya" haaa... apa itu? maksudnya memang nampak glam semua tapi gaji sikit broooo!! tulis article cari story sampai nak patah tulang blakang haaa.. selagi tak siap story tak boleh balik, pergi sana sini, takda life weyh. sedih. tapi nampak glamourlah, pergi launching perfume YSL baru. pergi fashion week lah itulah inilah. tapi berbaloi ke semua tu ngan gaji yang nak di gunakan untuk sara hidup? haaa.. kau pikirlah sendiri.

3) Mulut macam tuuuuuuuttt

     eh? apakah? apakah itu? bunyi tuuuuut tu adalah cencored kerana takut ada budak-budak bawah umur ehehehe.. gurau-gurau, sebenarnya nak cakap yang orang media ni mulut manis tapi kadang-kadang diorang nilah paling kurang ajar. tak sedar diri, sebab itulah certain artist macam sombong ngan diorang bukan sebab diorang saje je nak sombong tapi golongan media ni sendiri tak sedar diri cakap ikot sedap je. so kalau anda mampu bertahan dalam golongan tipu menipu, tikam menikam, and carut mencarut silakanlah saya taknak tambah dosa.

4) Dosa tanpa sedar

    haaa.. kerja ni sebenarnya penyumbang dosa yang paling banyak.. kenapa? haa.. sini aku bagitau, kalau kerja buat filem and anda tayangkan filem d wayang and terkena lak waktu-waktu solat and orang yang g tengok serta orang yang pergi tayang serta orang yang jual ticket serta orang-orang yang terlibat kat wayang tu tak solat sebab filem anda d tayangkan anda tanggunglah dosa semua orang tu. kalau pelakon lak tayang aurat... siaplah anda ngan dosa seterusnya sebab selagi orang tengok aurat tu anda berdosa sebab membenarkan benda tu ditayangkan kepada khalayak, memang bukan aurat anda tetapi anda terlibat dalam membenarkan semua tu. cukuplah dua contoh dah dapat tunjuk yang dosa tu senang dapat kan? saya takut, anda bagaimana?

5) Tempat Isteri di sisi suami

    Haaa.. tempat isteri di sisi suami, kalau asyik kerja outstation then kerja sampai lewat malam and tak sempat nak jaga makan minumya semua buat apa kawin kan? Suami pon confirm kawin lain sebab tak tahan. Macam mana lak kalau ada anak? tak dapat perhatianlah dia. Tambahan lak  kalau seorang suami merungut apabila pulang ke rumah isteri tiada untuk menyambut dia and dia nak makan isteri dia tak sediakan sudah jatuh dosa pada isteri tersebut.

Inilah dia reasonsnya, aku rasa macam nak cari benda yang lagi bagus untuk perempuan and cari benda yang boleh buat aku contribute something kat orang. Insyallah kalau ada rezeki aku nak sambung ambik TESL sebab aku takda masalah langsung ajar English sebab aku pon fasih and ok je english. SPM pon dapat A insyallah oklah kot. So aku dah jumpa beberapa Universiti ngan course ni and insyallah kalau di izinkan tuhan bulan January tahun depan aku nak start(kalau dapat). So doakanlah reformasi aku ini berjalan lancar. Post pon dah panjang lebar aku pon dah hilang kata-kata untuk taip and korang pon dah menyampah.

Until The Next Time,

Ave Whitlock

No comments:

Post a Comment