Tuesday 9 April 2013

BULI



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yg non muslim tu.. korang dah tengok video buli baru-baru ni yang tersebar dengan meluas and pantas dekat FB tu? alah yang pelajar-pelajar sekolah menengah pukul ketua tingkatan diorang tu? Tak tengok lagi? oohh my god.. anda perlu lihat sebab itulah isu yang aku nak bincang kali ni.

https://www.facebook.com/photo.php?v=394284354002238

dah tengok? ok.. So mesti sekarang ni korang dah ada mood yang aku inginkan dan akan faham sedikit sebanyak perspektif aku tentang semua benda ni. hurm.. first of all, kenapa benda bodoh macam ni boleh jadi? kenapa perlu pukul? kan? masa aku kat sekolah dulu benda-benda macam ni hanya berlaku kepada budak-budak kelas corot sahaja. Tapi pelajar zaman sekarang kan sepatutnya lebih bijak and advance sebab dengan adanya internet dan sebagainya sebagai sumber untuk menjadi manusia yang lebih bertamadun? Tapi sayang still jadi jugak and kalau tak silap aku perkara ini terjadi di penang, lagilah rasa macam tak patut sangat jadi kan? sebab penang dah maju kot?u have everything there.. dah macam KL yg kecik sikit je. Anyway aku nak cakap pasal benda yang mungkin jadi penyebab benda ni jadi, to make it easier aku akan tulis dalam point form and dalam cara scenario baru menarik sikit.So here it goes.

Perkara yang menyebabkan berlakunya "BULI" :

1. Peer pressure

    kenapa aku cakap peer pressure? yelah, kita kan lebih rapat dengan kawan-kawan. so mungkin bila dah tersalah pilih kawan yang bermasalah diorang akan ejek dan perli kalau kita ni terlampau baik n naive. tak gitu? aku pon dulu sekolah bukanlah angel, ada gak nakal sikit-sikit.. tapi sekadar ponteng class yang aku tak suka(please jangan ikot perangai ni) n tak buat kerja sekolah.. hee..So bila dah d ejek mesti pressure kan? eg. "weh shameq, kami nak p belakang blok sat hang nak ikot?"(nak g smoke) "takmaulah satgi cikgu tangkap mampoih", "Alah.. lekehlah hang ni, cekgu pon takot.dia bukan bleh buat apa pon. jomlah cikgu mai kita larilah." and so on.. d sebabkan benda-benda macam nilah banyak pelajar mostly lelaki akan terlibat ngan kegiatan jenayah dan pelajar perempuan pulak maruah tergadai. ishk.. ishk.. tapi aku bersyukur yang aku di temukan kawan yang baik n agak nerd(aku tak kisah).. so kitorang baik-baik je.. :)

2. Media Massa

    Argh.. jawapan standard SPM ni.. tapi percaya atau tak memang benda ni betul.. semua kita kena reflect dekat diri sendiri. Aku sebagai student Film ada belajar tentang Media Studies yang menerangkan effect media kepada umum dan caranya, we know what we are doing. Cuba tengok dalam almari baju(girls) mesti penuh ngan baju-baju trend terkini, peplum, fish tail ect. sebab apa? trend kan? dari mana wujudnya trend? majalah, tv, internet, blog, dan sebagainya kan? secara tak langsung apabila benda tersebut menarik perhatian kita and selalu di tunjukkan pada pandangan kita, kita akan teringat dan akan teringin memiliki atau membuatnya. Media juga adalah refleksi perkara yang terjadi dalam real life sebagaimana yang kita tonton dalam drama dan filem, sebab itu senang relate, dan bagi aku pelajar bermasalah tertunduk dengan sesetengah filem, drama atau video yang memaparkan keganasan. Kita ingat takda apa pon bila tengok tapi sebenarnya ada effect, kinda like brain wash tapi secara halus.

3. Masalah keluarga atau orang yang terdekat.

    Yes, lagi satu jawapan cliche' tapi sangat betul. Psychology manusia adalah kita tak boleh melihat orang lain dalam kesusahan kita akan rasa kasihan dan turut rasa sedih kan? bayangkan benda tu berlaku setiap hari? benda tu boleh mendepresskan orang tambahan remaja. kenapa remaja senang pulak? jawapannya ialah kerana remaja adalah kanak-kanak yang tengah berubah untuk menjadi dewasa, hormon tak stabil kan? masa-masa inilah yang paling rapuh sekali buat manusia, jika tersalah boleh menjadikan orang tu depress seumur hidup. Di masa remajalah turning point setiap orang, ada orang semakin pandai, bodoh, baik or jahat. Ramai yang saya sendiri observe berubah secara mendadak semasa zaman persekolahan padahal sekolah rendah baik je ngan kita. Semua start dari rumah, kalau ibu bapa bertempik, pukul n maki hamun budak tu akan jadi depress n pressured, dia akan cuba untuk mereleasekan dengan cara lain d tempat lain. Kalau dengan cara elok seperti menulis muzik or melukis tak apa, bagus sangat tetapi kalau dah start buat balik dekat orang lain pukul dan sebagainya, this is a big NO NO!

4. Sakit Mental

    Haaa... ni senang tak payah cakap, ada sesetengah orang ni dah terlampau pressured sampai sakit mental dan kita sendiri tak perasan. Dulu masa aku kat sekolah, masa form 1 ada seorang senior nama dia aku tukarlah nama dia kat sini kita panggil dia MAT. ok, mat ni pendiam orangnya, tak pandai sangat kelas pon kelas corot n kerja selalu je tak siap. Ada satu hari tu sorang cikgu ni mengamuk kat dia marah bising-bising dia tak buat kerja/tak bawak buku lalu suruh dia keluar kelas. Mat ni pon keluar n teros pergi naik moto dia n balik, tak lama lepas tu dia datang balik bawak parang n nak tetak cikgu tu.. gila tak? nasib baik di maklumkan awal n cikgu tu sempat lari sembunyi. teruk jugaklah si mat ni menempik, menjerit cari cingu ni sampai jadi kes polis. So di sini moralnya jangan marah melulu, and pantaulah anak takot-takot dia sebenarnya sedikit tak waras kan? nanti jadi mcm ini pulak, lagi... susah.

5. Remaja yang pernah di dera or abuse.

    Perkara ni sangat serius, remaja yang pernah di abuse oleh ibu atau bapa cenderung untuk melakukan perkara-perkara violent dekat orang lain, kadang kala pada adik-adik sendiri! Ini kerana keadaan mental yang sudah kurang stable akibat tekanan dan ketakutan dan mungkin juga memendam geram dan amrah terlampau lama. Mental abuse juga boleh menjadi salah satu sebab. Kita selalu memarahi anak kita dengan macam-macam benda "tak boleh buat ini, tak boleh buat itu, jangan kawan dengan ini, pergilah buat itu" and the dialog goes on.. mental abuse menyebabkan tekanan dan menyebabkan sesetengah remaja kurang keyakinan diri kerana terlampau di larang untuk membuat apa-apa. kadang kala juga di ugut jikalau buat sesuatu dia pasti akan di pukul. Remaja begini cenderung untuk menjadi orang yang bermasalah atau liar apabila bebas dari ibu bapa  resulting to culture shock! jangan terkejut aku ni yang dari Langkawi pergi KL tapi tak rasa pressured untuk pergi club dan sebagainya sebab aku bebas di rumah dulu. Tetapi aku jumpa di college aku dahulu seorang student yang padanya sangat baik dan menutup aurat dan ibu bapa yang sangat baik akhirnya rosak apabila bebas dengan pergi ke club, memakai pakaian yang terlampau seksi and mudah keluar n mempercayai mana-mana lelaki sehingga terpaksa di laporkan kepada pihak warden kerana sahabat-sahabat yang risau kerana dia keluar tanpa mengenakan seluar dalam sedangkan memakai skirt pendek! masyaAllah... biarlah di rahsiakan siapa individu ini tetapi kita perlu faham yang ini bukan salah dia sahaja tetapi kerana terlalu di lindungi dan tiada kebebasan.

So ini antara sebab yang aku rasakan menjadi penyebab kejadian buli dan ada gak terpesong cakap pasal masalah sosial tetapi semua ni berkait sangat rapat. mungkin boleh di jadikan pedomanlah sedikit sebanyak tu kan? mungkin ada yang setuju dan mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Di sini ingin saya maklumkan yang saya sendiri dari broken family, tapi Alhamdulillah mak saya tidak pernah mengajar saya untuk membenci bapa saya hanya kerana kami berpisah dan saya menerima dengan terbuka kedatangan ibu tiri dan juga adik-adik saya. Mak saya juga mencuba untuk memberikan segala yang saya perlukan.. tag line dia "Kalau benda belajar mummy tolong, kalau benda-benda lain simpan duit beli sendiri". OK sedih sikit di situ tapi banyak mengajar aku untuk menguruskan wang aku.So adik-adik yang baca tu, sila ambil iktibar sikit and janganlah buli-buli ni.. macam manusia tak bertamadun pulak akak tengok. hehehe.. until the next post!

jadi manusia bertamadun!

Ave Whitlock.

No comments:

Post a Comment